KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Monday, January 02, 2012

DATE DI TAMAN RUSA

assalamualaikum .

hari ni . aku gembira sangat dapat pergi jalan-jalan
dengan mama, papa, sal, wawa dan wani .
kalau yong ada . mesti best . tp, mesti dia tak nak tu .

kitorang pergi pukul 9pg .
sampai lake garden , terus pergi pekena bihun sup .
sedap juga .

selepas menjamu selera .
kami pun teruskan perjalanan .
berjalan kaki dari gerai lake garden terus ke taman rusa & kancil
mengambil masa 15 minit juga lah



PINTU GERBANG TAMAN RUSA & KANCIL

happy sangat dapat masuk taman rusa .
rasa macam masa kecil2 dulu .
dulu, situlah tempat aku dan keluarga selalu pergi .
petang2, lepas habis kelas agama kat masjid negara .
mesti aku singgah situ . pergi taman permainan . hehe .

alangkah gembira nya pada ketika itu .
kalau boleh, ingin saja ku putarkan masa .
memang benar kata org . zaman kegemilangan, kebahagiaan kita .
adalah ketika kita di zaman sekolah rendah .
tiada masalah besar yang harus kita pikul .

SAMBUNG ~


(BERKELAH DI TAMAN PERMAINAN LAKE GARDEN )
selepas berkelah2 di lake garden .
lebih kurang 12 lebih, kami pun pulang ke cheras .
hehehee . walaupun sekejap . tapi, aku rasa best sangat .
ye lah . lepas ni aku nak masuk belajar balik .
bila lagi nak dapat keluar bersama kawan2 aku ni .


apa2 pun . aku sayang korang semua lah ! ^_^ .
terutama kedua ibu bapa ku , mama dan papa .

oklah . korg layan je lah video ni dulu . yg lain belum di edit .hehe



OK . bye . wasalam .

1 comment: