KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Wednesday, June 27, 2012

GEMURUH MENGANGGU OTAK

ASSALAMUALAIKUM

Ya Allah, apa nak jadi ni.. Langsung tak boleh nak tidur.. Lappy dah tutup, lampu dah tutup, ditemani dengan zikir dan nasyid dari radio ku.. Tetap mata tak mahu tidur.. Bagai ada yang menarik kelopak mataku menyuruh aku untuk membuka mataku kembali.

Dupdap dupdap dupdap.. Makin laju, makin laju dan makin laju jantungku berdegup.. Hatiku rasa gemuruh seperti berjumpa lembaga, seperti ingin membuat presentation, seperti aku dalam bahaya . Kenapa? kenapa aku tak boleh lupakan test jpj yang bakal aku tempuh pagi ini?..

Ya, pagi ini aku ada test jpj. dan ini bukan lah test jpj pertama ku. Ini adalah test jpj ku untuk kali kedua. Ya Allah, sedang aku menaip untuk bacaan blogger2 tercinta, tanganku masih terketar2. Masih teringat akan peristiwa yang berlaku kepadaku ketika menghadapi ujian memandu(di bukit) untuk kali yang pertama. Kenangan pahit dan kadang kala menjadi lucu jika diingat.

Tapi tidak untuk hari ini. Kotak ketawaku umpama telah dibalut rapi dengan "sellotape" . Yang tinggal hanya perasaan takut yang membuak-buak. Fikiran aku terus melayang ke litar tempat yang akan menentukan samaada aku lulus atau gagal.. Apa yang terjadi padaku? sukar untuk aku jelaskan di sini. Tapi, peristiwa itulah yang membuat aku trauma untuk menghadapi ujian bukit.

Adakah aku akan lulus ? Adakah kereta akan mengundur ? Adakah kereta itu akan berhenti secara tiba-tiba ? Argghh... Terlalu memikir.. Sampai tak boleh melelapkan mata.. Sudah pukul 5.22 pagi sekarang.. Memang tiada kesempatan untuk aku melelapkan mata barang seketika. Pukul 6 sudah perlu bersiap.

Tawakal saja pada yang maha esa.. moga kau permudahkan urusan ku Ya Allah.. amin...

WASALAM

Friday, June 01, 2012

BILIK IMPIAN DAH TERCAPAI

assalamualaikum ,

hai3 semua . hari ini aku penat sikit lah . 3 hari tak tidur malam . semangat nak siapkan bilik ni . tapi belum siap sepenuhnya lagi . cat bilik dah selesai . lepas ni nak hias bilik pula . langsir, tikar, pelekat hias dinding pun belum beli lagi . nanti baru aku buat . inilah hasil tangan aku . walaupun penat buat sorang2 . tapi, aku puas hati . . hehe . . jom layan . .








hye3 . . saya atam . . hehe








WASALAM