KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Sunday, July 22, 2012

DL AWARD 0112/SEM 4

ASSALAMUALAIKUM..



hai kamu , kamu dan kamu . . ^_^ hari ni , aku nak cerita pasal majlis minggu lepas .
alhamdulillah, sem ni pointer aku naik. tapi, tak sangka sem ni aku berjaya dapat anugerah dekan.. syukur sangat2 kepadaNYA.. usaha aku selama ini, telah membuahkan hasil.. yang paling best, sem ni ramai kawan2 sesection dgn aku dapat dekan..


majlis di adakan di Dewan de Seri Endon, PutraJaya . masa mula-mula sampai mmg happy . tgk tempat tu, mmg cantik . terkesima sebentar . tapi, bila tahu meja aku tak sama dengan rakan2 sesectionku, hatiku mula sebak . rasa mcm tak seronok la . duduk diam je kat meja no. 18 tu . kawan2 aku yang lain semua dpt duduk sama . kecuali aku , kak ika dan yulie . yulie meja 17 . aku dan kak ika meja 18 . dan kawan2 aku yang lain semua meja 19..huhu.. sumpah mmg rasa macam nak blah je dari tempat tu.. tapi, bila kak ika dah sampai, barulah aku rasa selesa sikit.. adalah juga org yg nak borak ngan aku.



alhamdulillah, majlis bjalan dgn lancar je. cuma VIP lambat tiba . tapi untung pelajar sbb selalunya bila VIP datang, mesti ada ucapan panjang . tapi di sebabkan mereka datang lambat, kami di suruh makan dahulu . huahaha . siapa tak suka makan weyh . makan pun rasa seronok sbb aku puasa hari tu . kira berbuka puasa di Dewan De Seri Endon lah aku.hihi.Tema tahun ni baju biru putih . dah tema biru, semua benda biru . sampai air minuman pun biru . hehe..



sambil makan , dihiburkan dgn psembahan yang best lah jugak.. makanan dia? mm..boleh lah..janji dapat makan, syukur alhamdulillah.. lepas tu, mulalah sesi penyampaian sijil .. kemudian, sesi tangkap gambar .. kmudian, bersurai .. (dah malas nak menaip ni sebenarnya..hehe..sorry)


oh kasut
kak ika

oh..ada something yg berlaku..bunga pada kasut aku tercabut pula hari tu..aku dah panik..kejap lagi nak naik pentas..jalan dah tak boleh nak betul dah ni..haha..mujur ada kakak ika yang comel lagi cantik ni selamat kan aku.. die ada bawak jarum peniti lebih..dapat lah aku cover buat seketika..hehe..thank you akak..


apa2 pun, aku nak ucapkan TAHNIAH kepada semua yang mendapat anugerah dekan . juga yang mendapat anugerah pelajar EMAS . wahh . seronok tengok pelajar yang dapat gold award tu . 4 flat wehh . hebat tu . aku nak juga merasa . haha . insyallah, sem ni nak buat yang terbaik . harap2 la pointer aku tak turun lagi . amin . .
ok lah, korang layan la gambar yang tak seberapa ni k.. salam sayang dari cik fifie .

nyum2

nor, fakirah,zafira,fatin

lela dan yan

kami section 8 ^_^

section 8 . will remember this moment .

yulie dan kak nasrah

lela dan nadia

friends

fatin izzati

kak ika dan kawan kak ika

kak ika dan kak laila

hafizah

sedang kusyuk mendengar ucapan . hihi

congrats kak ika

congrats yulie

congrats to me


No comments:

Post a Comment