KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Saturday, July 21, 2012

DOAKU UNTUK BAKAL SUAMIKU

ASSALAMUALAIKUM

mm.adakah aku memang tak layak untuk dicintai.
adakah hati ini hanya untuk disakiti.
tak apa, aku masih boleh terima semua ini.
mungkin allah ingin menguji.
terima kasih kerna mberiku peluang tuk merasakan semua ini.
tak apa, akan ku cuba mengubatinya lagi .

mungkin belum tertulis aku kan berjumpa bakal suami
oh . mungkin terlalu awal untuk mencari
atau mungkin bakal suamiku tak akan ku jumpa di dunia ini?

ya allah, betapa ku perlukan dirinya.
aku keseorangan tanpa bimbingannya.
aku lalai tanpa ingatan darinya.
aku bengis tanpa kelembutannya.
dan bila aku jatuh aku perlukannya untuk menyambut tanganku.
sesungguhnya aku amat memerlukannya disisiku.

ya allah, jangan kau ambil dirinya
sebelum aku berjumpa dengannya.
ingin aku luahkan semua kepadanya.
dialah insan yang benar-benar aku cinta.

ya allah,
kuatkan semangatku jika aku harus hidup tanpanya.
hanya pada kau sahaja yang dapat aku pinta.
kurniakan lah kepadaku suami yang dapat menjaga keluarganya.
jadikan dia seorang hambamu yg mampu mjaga dunia dan akhiratnya.
ini saja yang aku pinta padamu, tuhan yang mencipta segalanya.

ya allah,
jadikan aku isteri yg solehah.
buangkanlah sifat amarahku kepada orang yg aku cinta.
tenangkanlah hidup kami sekeluarga.
berikan kami zuriat yang soleh solehah.
berkati hidup kami di dunia dan di akhirat.
dan labuhkan cinta kami ini hanya padamu, ya allah..

BUAT BAKAL SUAMIKU,
KETAHUILAH KAU
AKU KAN SETIA MENANTIMU
MELAFAZKAN "AKU TERIMA NIKAHNYA".

WASALAM

2 comments:

  1. so sweet.. dengan siapa pn kamu bsama smoga bhgia dan diredhai.. peace!

    ReplyDelete
  2. insyallah..itu yg sy harapkan..
    mengharapkan kebahagiaan bersamanya ddunia dan di akhirat..insyallah.. :')
    terima kasih mizz RFL

    ReplyDelete