KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Wednesday, December 26, 2012

IMBAU KEMBALI KENANGAN AKU DAN MEREKA DI SEM 5

ASSALAMUALAIKUM..

lama rasanya tidak menulis di laman ini kan.
bukan busy . cuma kemalasan menyelubungi diri . 
banyak kenangan pahit dan manis telah ku lalui sebelum ni .

teringin untuk meluahkan rasa hati . tapi tak berdaya nak menaipnya di sini .
alangkah bagus, bila kita bercakap, komputer ni yg akan menaip apa yang kita cakap . hihihi .
(berangan) 


inilah tarikh penting untuk aku .
kenangan aku bersama mereka di sem 5 ini . (start bulan 6-11)
tak dapat nak cerita detail  . ini je yang aku mampu tulis dan ingat . 

19 July 2012 - Majlis anugerah dekan sem 4
aku dan kak ika duduk di meja : no. 18 
yulie duduk di meja : no. 17
kawan2 satu kelas yang dapat dekan juga duduk di meja : no. 19
 bersama mereka (kawan satu kelas) : yuliza, hafizah,atikah,lela,nadiah,karim,alif,hanani,
bersama mereka (kawan baik) : liyana,diyana,adau




8 August 2012 - Kawan sekelas berbuka di rumah aku
malam ni la korang datang berbuka puasa di rumah aku .
terima kasih korang . aku sayang korang sangat-sangat . <3
thanks juga kepada sepupu aku, amy sebab datang . ^_^

 


14 August 2012 - Hang Out dengan kawan baik, Nadiah .
 time square, low yat, pavilion, sticky, tengok wayang "greedy ghost",
snap2, pergi office mama(mamaku), makan di MFC (buka puasa)



             



15 August 2012 - iftar (berbuka puasa) bersama kawan perempuan sekelas
tempat berbuka puasa : W.Mall (warta)
tempat makan : pizza hut
lepas buka di W. Mall, kitorang main bunga api di chalet teras jernang .
bersama mereka : dya,yulie,nani,cherry,ewa,nadiah,fizah,atin,lela,tini,ika,shima, fasz. eiza









26 September 2012 - Graduation Night untuk kami Sem 5
inilah kenangan untuk kami . dimana semua kawan aku
dari sem 1 hinggalah sem 5 dapat berkumpul .
malah, semua pelajar SEMESTER 5 dapat meraikannya .

sungguh happening . time nyanyi lagu kolej, die tayangkan video pelajar2 sem 5 .
time tu rasa sedih , sebak sangat . rasa macam sekejap je dah nak habis .
ada juga yang excited bila wajah mereka terpampang di screen besar . haha .
dari siapalah dorg ambil gambar2 tu .

tema tahun ini : back to school


















18 October 2012 - Last day dengan madam kesayangan kami . Last day dia ajar kami .
MADAM SAYANG A.K.A MADAM INA
Terima kasih madam kerana mengajar kami .
jujur . madam sangat baik, lembut, cantik, pandai, suka panggil kami sayang . hehe
alhamdulillah, kami dapat result yang baik untuk paper madam .
jasamu akan kami kenang madam . sayang madam .

   


19 October 2012 - Kumpulan kami temu duga 
Mr. Lee Chin Hock untuk assignment career management
kami di kajang bersama Mr. Lee dan isterinya .
Nama syarikat : nusantara construction


30 October 2012 - Keluar pergi hantar resume kat syarikat-syarikat
bersama mereka : alif, ewa,nadiah,fizah
kawasan : di area bangi sahaja


11 November 2012 - tamat final exam untuk sem 5 aku .
 last paper entrepreneurship . Rasa sedih sbb susah sikit .
aku dengar ramai yang dapat hint . sumpah aku tak dapat apa-apa hint .

kenangan pahit . bila aku dengar, 
ada orang bawa mulut kata aku dapat hint, tapi tak bagi tau dia .
aku dah maafkan dah . cuma kenangan itu tak dapat aku lupa .
aku syg korg . aku tak nak persahabatan kita putus ok .

. last paper picture .

11 November 2012 lagi - Kami berjalan di Tasik Cempaka 
pekena cendol dan laksa, jalan bangi lama ,
 lepak di tasik cempaka (snap gambar banyak2 la apa lagi..hihu),
lepak kat mc donald (terserempak ngan wanie n the gang . tapi dorang dah keluar . hehe)

maklum saja baru lepas habis exam . kami pun mengambil keputusan
untuk pergi bersiar2 di sekitar bangi sahaja .
yelah . lepas tarikh ni, masing2 dah pulang ke rumah masing2 .
sem depan, semua dah start bekerja . bila lagilah nak melepak macam ni lagi kan .







14 November 2012 - Hang Out dengan beberapa orang kawan sekelas di mid valley
dari bangi . jumpa ewa di kolej dulu . hantar borang muet .
jumpa alif dan nadiah di teras jernang . drive pergi rumah kemey dan aftha .
terus ke mid valley
bersama mereka : karim,alif,aftha,kemey,jen,nadiah,ewa


12 December 2012 - dapat result sem 5 .
alhamdulillah..akhirnya . benda yang di nanti-nanti . keluar juga .
alhamdulillah result ok .
tahun ni aku tak berjaya mendapat gelaran dekan . hehe

but, it's ok . aku memang dah jangka .
sebab aku tahu sem ni subjek dia susah sikit .
(ni lah alasan bagi orang yang banyak main macam aku . hihi .)

apa-apa pun, kita semua dah cuba yang terbaek kan kawan2 .
time LI ni kita buat yang terbaek ok .
naikkan balik pointer kita untuk back up sem ni punya result .
jujurnya . aku punya pointer banyak juga la jatuh .
dari Gpa sem 4 - 3.59 kepada 3.06 . agak sedih la juga

tapi aku tak menyesal . maybe itu je kemampuan aku untuk sem ni .
yang penting bersyukur dan redha .

ok, habis sudah celoteh aku hari ni . kalau ada lagi nanti aku tambah .
tetiba je aku rajin tulis berjam2 ni kan . kalau korang nak tahu sbb apa aku tulis ni .
sbb aku tak nak kenangan kita bersama hilang begitu saja .

aku sayang sangat kat korang .
korang sangat perfect bagi aku walaupun terkadang ada tersalah faham,
termulut lancang, terlebih gurau, terlebih kasar, terlebih gossip .

well, mana ada orang yang tak pernah buat salah .
sedang adik beradik pun selalu bergaduh . ini kan pula kawan kan .
jadi, aku harap sangat korang buang yang keruh, ambil yang jernih .
maaf kan la sesama kawan ok . hope persahabatan kita sampai bila-bila . ^_^

AKU SAYANG KORANG SANGAT - SANGAT !


wassalam