KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Monday, October 07, 2013

Buat terakhir kali bersama muezza atam

Assalamualaikum..

Satu lagi kehilangan besar dalam hidup aku. Ya, kucing aku muezza tam telah pergi bertemu penciptanya.

Biar org kata pasal kucing je nak nangis.. Kucing boleh cari.. Ye.. Kucing, mmg banyak kucing yg boleh di cari. Tp setiap kucing tu ada keistimewaan die pd pandangan mata org yg membelainya.. Bg aku atam tidak akan sama dgn atam2 lain.. Masing2 ada keistimewaan tersendiri..

Mungkin agaknya atam bukan untukku.. Aku kehilangan 3 ekor kucing yg bernama atam.. Atam1 hilang. atam2 dan 3 ni adik beradik.. atam 2 mati sejak kecil sbb kecederaan masa mak die lahirkan dia.. atam yg ke 3 ni di sebabkan ulcer mulut.. Mungkin kebetulan.. Tp semua yang aku sayang pergi tinggalkan aku.. Aku tau aku kene kuat dan redha..

Tak sangka disebabkan ulcer mulut, boleh menyebabkan kematian.. Ada pulak yang tak percaya dia mati sbb ulcer je.. Biarlah mereka.. Malas nak fikir.. 
Korang semua amik pengajaran.. Selalu lah check kenapa kucing kita tak aktif mcm biasa.. Check mata dia.. Mulut dia..  Takut macam ni lah akan berlaku..

Aku tak pernah alaminya sebelum ini.. Bila aku tengok lendir keluar dari mulut atam, terus aku bawak ke klinik.. Dpt jaga dia utk 2 hari.. Tp hari ini, pukul 12 lebih pg td, isnin 7/10/13 kau pergi tinggalkan aku..

Aku sayang kau atam.. Sampai bila2 aku sayang kau.. Kau kucing yg sentiasa menggembirakan hati aku.. 

Dulu kau lah kucing yg lincah. Suke bergurau dgn adik2 yg lain.. Kau lah yg paling kuat antara yg lain.. Tp akhir2 ini kau lah yg paling diam.. Terduduk seekor memencilkan diri.. lemah tak berdaya tubuhmu.. Kau tidak terdaya untuk bermain, bahkan utk bercakap.. Kini kau telah pergi.. Pergi jauh meninggalkan aku.. 

Hilang tempat utk aku menumpang kasih.. Hilang tempat utk aku menumpang manja.. Hilang tempat utk aku menumpang rasa hati.. 

Tapi aku redha . Sungguh walaupun air mata ku menitis di pipi, sungguh aku redha dgn pemergianmu atam.. Aku rela kau pergi dari menanggung pedih dan terseksa..

Aku sayang semua kucing aku.. Jasad mu masih ada kat sini.. tp kau mesti dah pergi jauh kan syg.. Aku harap kau gembira di sana sayang.. Terima kasih sebab jadi kucing yang baik selama ini.. Maafkan aku sbb tak jaga kau dgn sebaik2 nya.. Maafkan andai aku pernah menyakitimu sayang.. 

Yang sentiasa menyayangimu hafizah

Mainan yang paling atam benci.. Dia asik marah je dgn bulu tu.. Lama2 dia dah suke..


Atam waktu sihat..


Atam waktu sakit..


Atam yg telah pergi..




Wassalam



Friday, September 20, 2013

tak boleh fikir dah

assalamualaikum
pembuka salam daripada si pemikir..
yang tidak habis-habis memikir..
tentang si pemikir yang selalu dalam keadaan murung yang tak menentu.

-si pemikir memikir lantas meluah-

tidak ku tahu halatuju ku
aku terus tergapai-gapai
sekeliling ku
terlalu ramai manusia yang mengambil berat.

sehingga kan terkadang
aku tak tahu apa yang aku fikirkan.
apakah pilihan yang aku buat
berbaloi dengan apa yang aku telah lalui.

yang mana
masih adakah sebenarnya pilihan untuk diriku ?

tidak mengerti aku dengan sikapku
tidak mengerti aku apa mahu ku
tidak mengerti aku dengan benak hati ku
adakah masih ada harapan buat diriku?

ingin saja ku luahkan dengan tangisan
tapi, tangisan apa yang ingin aku curahkan?
sungguh aku tak mengerti.

semakin lama, semakin suram, semakin muram, semakin kusam.

wassalam

Monday, May 20, 2013

cerita-cerita Li

Assalamualaikum..

Cik fifie kembali..hehe..Nak cerita apa ye..Sebenarnya, tak ada cerita sangat pun. Cume mata tak mengantuk lagi. Teringat pula pada blog yang satu ni. Setelah sebulan lebih tak mencoretkan rasa hati di sini. Tiba-tiba lah pula gatal tangan nak menaip..aduh..Memang tengah gatal tangan ni. Nak garu tangan jap. Jangan pergi mana2 ye.hihi. >.<

Ok, sambung balik..Apa ye nak cerita..hmm.Ok, dah tahu nak cerita apa. Nak cerita pasal latihan industri lah. Alhamdulillah, tamat sudah latihan industri aku di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) pada 3 May 2013 yang lepas.

Gambar di PICC, Putrajaya . Hari Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Aku gembira dapat habiskan latihan industri aku ini. Tapi, agak sedih juga sebab kena berpisah dengan senior-senior di Seksyen Sumber Manusia (SSM) ni. Senior- senior kat sini semua baik-baik. Bertuah dapat jumpa dan berkenalan dengan mereka. Aku tak akan lupakan mereka dan pengalaman bekerja di sana. Maklumlah, pertama kali menceburi bidang kerjaya. Dapat lah tahu serba sedikit suasana bekerja. Terima kasih kepada semua senior yang banyak mengajar cik fifie semasa cik fifie berada di sana. Always keep in touch. <3



oh ya, cik fifie nak minta maaf sangat-sangat pada Kak Liza (salah seorang senior di SSM, JPBDSM) sebab tak dapat datang lawat akak. maaf sangat-sangat akak. Hanya dapat doa dari jauh. Semoga akak cepat sembuh dari sakit akk. Amin

(Tiba-tiba teringat pasal presentation. huhu. Nahh. Lupekan pasal presentation aku. aku terima sahaja apa yang aku dapat nanti. Apa yang aku buat, itulah yang aku dapat. So, tawakal je pada Allah)


ini ayah ku.. doakan dia cepat sembuh ye kawan :)

Apa?. Oh, lepas tamat latihan industri aku buat apa?. aku duk umah goyang kaki je. Haha. :p . Niat nak cari kerja. Tapi, memandangkan ayah tak berapa nak sihat. Niat tu terbatal dengan serta merta. untuk jangka masa pendek ni, aku tak fikir pun nak buat apa lagi.

















Untuk masa depan, aku adalah 'apply' universiti untuk sambung 'degree'. Tapi tak tahu lah mana yang dapat. Harap adalah yang sudi menerima aku sebagai salah seorang pelajar mereka :)




Insyallah..
Ok. itu je Cik Fifie nak cerita. Moga bertemu lagi.

Wassalam . .

Saturday, March 23, 2013

bulan kesedihan dan alfatihah untuknya

assalamualaikum..

sukar ingin memulakan bicara.
yang ku tahu, kesedihan menyelubungi jiwa di bulan march ini

bismillahirahmanirahim..

8 march 2013 - jumaat

kucing ku baru melahirkan anak.
tak disangka, kejadian yg tak dingini terjadi.
kaki salah sekor anak kucing (sitam namanya) yg baru lahir tu luka teruk
akibat simpulan daripada tali pusat yang bersimpul
antara empat ekor kucing yang lain.
malangnya, kaki kirinya tak dapat bergerak lagi.
kakinya patah..


13 march 2013 - rabu

anak kucing ku telah mati. sedih tak terhingga. menitis air mata.
ingat dapat jaga dia sampai dia besar.
rupanya hayatnya tak lama.
dlm kesedihan, kami tanamnya di belakang rumah. :(
inilah kali pertama aku bela kucing.
dan kucing tu mati dalam telapak tanganku.
aku sayang kau sitam . walaupun aku dapat merawat kau cuma seketika.



22 march 2013 - jumaat yang diberkati Allah

seorang sahabat baik adik aku meninggal dunia..
muhammad syazwan bin mohamad rais (arwah)..
ya..sungguh terkejut bila mendapat tahu tentang perkhabaran ini.
menitis lagi air mataku.
malang tidak berbau. AJAL MAUT di tangan tuhan..

walaupun dia hanya kawan adikku.
tp, sehingga kini air mataku tidak kering membasahi pipi.
aku amat menyayangi nya.
sudah ku anggap kawan2 adik ku bagaikan adikku sndiri.

tiada lagi orang yang akan bergurau denganku tentang kucing.
ya..dia juga menyayangi kucing..
dia syg pd kucing jantannya tommy yg juga telah mati pd 4.12.11..
rindu bila dia kata " tunggu ye.atam(kucingku) akan jd miliknya satu hr nanti"
teringat akan nya. teringat juga aku kepada kucing kesayangan ku yg juga telah tiada di sisi ku..
kini semuanya hanya tinggal kenangan.

dialah kawan adik aku yang rajin berborak dgn aku.
dia sgt friendly. teringat lg time jumpa dgn dia di rumah ku di cheras dulu..
dia pegang atam..

dan tak disangka 17 march hari tu adalah hari terakhir aku berborak dgn nya..
ya Allah.. tak dpt aku bayangkan kesedihan ini..

bila mana berjumpa dengan ibunya.
ku cuba menahan sebak di dada.
kata orang, tak baik menangis.
kita kene tunjuk yg kita xsedih depan family dia..
supaya family dia lebih kuat

tapi, bila mama sebut pasal dik wan suka bergurau dgn aku..
tidak dapat lagi di tahan kesedihan ini..

kata2 ibunya yang buat aku tak tahan air mata :

"Dia dah ckp.dia xnk naik kereta tu.sbb kwn dia bwa laju"

"Xpela.kita doakn dia.berkat meninggal hr jumaat"

"dorang dah hantar dah barang2 dia balik dr kolej uniten" sambil tepuk2 bantal arwah anaknya
(sebak tgk beg dan barang2 dia yang lain)

"dah tiba ajal dia" 

"dia anak yang baik"

ye dik wan sgt baik orangnya...
marilah kita berdoa, menyedekahkan alfatihah padanya
supaya diringankan segala bebannya di sana.
supaya kuburnya sentiasa diterangi cahaya..
kepada kawan2 baiknya..tolong jgn lupakannya dan selalu 
sedekahkan sekurang2nya alfatihah kepadanya
tolong ya..

dia selalu ckp "bila nak ajak wan datang rumah kat bangi ni"  :'(
hmm...

akak doakan adik berbahagia di sana. 
jika dik wan tahu, ramai yg menyayangi diri mu di sini..


ALFATIHAH KEPADA MUHAMMAD SYAZWAN BIN MOHAMAD RAIS


tekan link untuk ketahui tentang kemalangan yang meragut nyawa dik wan 



Friday, February 22, 2013

MUET 19.2.13

ASSALAMUALAIKUM..

ahlan ya ummi,ya abi wa jamiun..
ehh..betul kah ayat ni?haha..abaikan..
hye semua..apa khabar?moga sihat selalu..

hari ni aku nak cerita pasal MUET..
alhamdulillah..aku dah lepas dah test speaking..
tp, aku rasa sedih sikit dan kecewa sbb,
aku tak boleh nak jawab..

otak aku mcm tak berjalan..
point tak terkeluar..
lidah terkelu..nak cakap "I" pun rasa dah terketar2..
aku terlalu memikir dan terlalu gugup..

kalau diberi peluang, ingin aku cuba sekali lagi..
tp apakan daya..peluang datang sekali,
dan aku tergagap2 lagi..

terima saja dengan redha sayang..
this is not the end of your result..
ada lagi writting, listening, dan reading..
aku akan cuba buat yang terbaik..

dalam group speaking aku hanya ada 3 org saja..
2 orang laki...dan aku sorang perempuan..
aku tahu nama abg sorg ni je..abang ridhwan..
aku kenal abg ridhwan camtu2 je..
nampak dia kadang2 kat kolej..
dia amik diploma dan degree kat kptm..
oh oh..btw, dia senyum comel ok..haha  : D

tapi..abg yg lg sorg tu..aku lupe nak tanya nama dia la..hihi
dia umur sama ngan abg ridhwan..
tapi dia masuk lambat kod..
dia tengah ambil diploma skrg kat kptm juga..
dia cool je aku tgk..hihi..ok..mmg sgt cool orgnya.. :)

diorang ni baik dan peramah tau..
walaupun baru pertama kali berborak dgn diorang,
sumpah diorang tak sombong.. :)

masuk bilik test tu..kaki aku dah melemah..
cuba tabahkan hati dgn tersenyum..
sumpah..abg dua org ni..english dia best..laju je..
suka dgr bila dorg berborak dalam bahasa inggeris,

tp, bile sampai tang aku..
terus senyap sunyi tanpa jawapan..hahaha
kagum maybe..takut maybe..bila dgr mereka berkata2..
membuatkan aku hilang kata..
hilang suara..hilang idea..hilang segala2nya..haha

selamat abg-abg ni la yang bantu aku sikit2..
sumpah sedih la bila kenang balik time tu..
time individual presentation..
ada pula part yang aku terdiam terus..
dah tak boleh..tu je dalam otak aku masa tu..

tp, aku tak pernah malu dengan diri sendiri..
aku cuba untuk berkata-kata selagi boleh..
walaupun..entah apa lah yang aku merapu.
macam tak ada point je..huhu
lain aku nak ckp..lain pula terkeluar dari mulut aku ni haa..
nasib badan..

apa-apa pun..aku nak berterima kasih sgt pada abg2 ni..
sbb..dorg banyak bantu aku time group disscusion tu..
maafla..dapat kwn speaking yang tak hebat english ni..hehe

kalau aku tak ada dlm group tu, mesti discussion tu jadi terbaik kan..
for real..aku dgr dorang borak tu pun, aku rasa macam nak dgr lg..
santai beb aku cakap kat korang..

tp, bila panel tanya aku..
candidate c, do you want to say anything?
~krikk krikk..sunyi balik~ haha..apalah aku ni. -.-"

itulah kenangan speaking muet aku yang agak teruk juga la..
korang doakan aku dapat buat yang terbaik dalam test2 yg lain ye..
harap sangat aku tak gagal..
dan aku doakan kawan2 aku, abang2 dan kawan2 nya, serta semua yang ambil muet tahun ni..
good luck..berusaha tu penting..berdoa padanya pun penting..jgn jd sombong..
dan..segala ketentuan tu..kita cume perlu tawakal dan redha pada Allah ok..

oklah, sblm dinda berundur diri, moh le layan gambar kami lepas habis speaking test hari tu..hiihii..






WASALAM

Tuesday, January 01, 2013

wanita dan emosi

ASSALAMUALAIKUM

- WANITA DAN EMOSI -




wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
marah secara membuta tuli,
benci dengan motif yang tak pasti,
kemudian membawa kepada kebinasaan diri .

wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
lebih-lebih lagi perihal kekasih hati,
kaum wanita berkelahi sesama sendiri,
walhal belum pasti lelaki itu kan menjadi suami .

wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
bila wanita mula berkelahi,
mudah saja membuang sahabat sejati,
tak ingat kah kenangan indah bersama yang telah kamu lalui .


wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
mudah melafazkan kata2 pedih bila disakiti,
ringan sahaja mengeluarkan kata-kata keji,
sehingga terkadang seseorang terguris hati,
namun bukanlah kehendak seorang wanita itu untuk menyakiti .

dan wanita kini,
pabila sudah terasa hati,
tidak mudah untuk mereka melupakan dan memaafi,
sehingga dendam pula yang tersemat di hati .

itulah kami, golongan wanita .
kerna itu, kaum adam di jadikan untuk kaum hawa .
untuk mendidik dan menjaga kaum hawa .

"kerna hawa asalnya dari tulang rusuk adam yang bengkok. 
sentiasa saja mahu terpesong dari landasan
perjalanan hidup kami sentiasa perlukan bimbingan darimu, 
kerana kami buruan syaitan" - warkah buat adam


Ya Allah,
kami lah sebahagian daripada wanita .
yang banyak melakukan kilaf terhadapmu jua sesaman manusia, 
maaf kan kami andai selalu terlanjur berkata dan terkasar bicara ,
bimbing lah kami menjadi wanita yang berguna,
hindarkan lah kami (kaum wanita) dari siksa api neraka.

sesungguhnya, kebanyakkan golongan yang masuk ke neraka
adalah dari golongan kaum wanita .

:: muhasabah diri ::

WASALAM