KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Tuesday, January 01, 2013

wanita dan emosi

ASSALAMUALAIKUM

- WANITA DAN EMOSI -




wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
marah secara membuta tuli,
benci dengan motif yang tak pasti,
kemudian membawa kepada kebinasaan diri .

wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
lebih-lebih lagi perihal kekasih hati,
kaum wanita berkelahi sesama sendiri,
walhal belum pasti lelaki itu kan menjadi suami .

wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
bila wanita mula berkelahi,
mudah saja membuang sahabat sejati,
tak ingat kah kenangan indah bersama yang telah kamu lalui .


wanita kini,
terlalu mengikutkan emosi,
mudah melafazkan kata2 pedih bila disakiti,
ringan sahaja mengeluarkan kata-kata keji,
sehingga terkadang seseorang terguris hati,
namun bukanlah kehendak seorang wanita itu untuk menyakiti .

dan wanita kini,
pabila sudah terasa hati,
tidak mudah untuk mereka melupakan dan memaafi,
sehingga dendam pula yang tersemat di hati .

itulah kami, golongan wanita .
kerna itu, kaum adam di jadikan untuk kaum hawa .
untuk mendidik dan menjaga kaum hawa .

"kerna hawa asalnya dari tulang rusuk adam yang bengkok. 
sentiasa saja mahu terpesong dari landasan
perjalanan hidup kami sentiasa perlukan bimbingan darimu, 
kerana kami buruan syaitan" - warkah buat adam


Ya Allah,
kami lah sebahagian daripada wanita .
yang banyak melakukan kilaf terhadapmu jua sesaman manusia, 
maaf kan kami andai selalu terlanjur berkata dan terkasar bicara ,
bimbing lah kami menjadi wanita yang berguna,
hindarkan lah kami (kaum wanita) dari siksa api neraka.

sesungguhnya, kebanyakkan golongan yang masuk ke neraka
adalah dari golongan kaum wanita .

:: muhasabah diri ::

WASALAM