KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Friday, September 20, 2013

tak boleh fikir dah

assalamualaikum
pembuka salam daripada si pemikir..
yang tidak habis-habis memikir..
tentang si pemikir yang selalu dalam keadaan murung yang tak menentu.

-si pemikir memikir lantas meluah-

tidak ku tahu halatuju ku
aku terus tergapai-gapai
sekeliling ku
terlalu ramai manusia yang mengambil berat.

sehingga kan terkadang
aku tak tahu apa yang aku fikirkan.
apakah pilihan yang aku buat
berbaloi dengan apa yang aku telah lalui.

yang mana
masih adakah sebenarnya pilihan untuk diriku ?

tidak mengerti aku dengan sikapku
tidak mengerti aku apa mahu ku
tidak mengerti aku dengan benak hati ku
adakah masih ada harapan buat diriku?

ingin saja ku luahkan dengan tangisan
tapi, tangisan apa yang ingin aku curahkan?
sungguh aku tak mengerti.

semakin lama, semakin suram, semakin muram, semakin kusam.

wassalam