KLIK SINI !!!!!

Kalau ikhlas follow la! Tinggalkan link korg kat Cbox tu. senang cik fifie nak follow balik :D

Wednesday, February 26, 2014

Opah

Walaupun nampak gembira, gelak sakan.. Perasaan sedih tu tak dpt di lindung.. Mata berkaca tak dpt di sorok dari pandangan mata mereka.. 

Ya allah.. Inilah perasaan yg luar biasa pernah aku rasa.. Sehingga ku tak terkata.. Sekali terimbau sudah mmbuat titisan air jernih berderai jatuh.. Tidak.. Aku tidak meratap.. Hanya linangan di kelopak mata mengalir tidak dpt dibendung.. Hanya kau yang tahu perasaan aku ini bagaimana.. 24.2.14 kau pergi meninggalkan kami..

Ya Allah, Kau tempatkan lah opah di tempat yang baik.. Lindungi lah die dari azab siksa.. Ampunkan lah segala dosanya.. Ampunkanlah segala salah silap aku ketika aku bersama dengannya.. Maafkan aku tidak dapat lakukan dgn sempurna.. Setakat itu yang aku dan mereka mampu lakukan.. Maafkan aku.. 

Aku sayang opah.. Moga kita kan bertemu lagi.. Amin.. 
Dakapanmu dalam jiwaku..

Monday, February 24, 2014

Pelajar baru Uniten

Dgn tak semena terasa nak masuk Uniten.. Hati berkobar2 bila tengok course yang di minati ada.. Banyak sebab kenapa aku pilih uniten.. Tp malas nak type..

Pendekkan cerita, 12.2.14 hr tu aku daftar.. Orientasi kitorg 3 hari je.. Tapi cukup buat kaki ku terseksa teruk di sebabkan oleh kasut baru tu, kaki aku melecet 3 hari.. Bayangkanla 3 hari kasut tu koyakkan kulit kaki aku.. Sakit ya amat.. Tp nak buat macam mana, terpaksa lah tahan.. 

Orientasi tu boleh tahan best juga la.. Time menyanyi n menari la best.huhu. Time makan tak best sebab, rushing gila.. Bg masa 3 minit mcm tu.. Makan pun tak habis.. Lepas tu bangun pukul 4.30 pagi.. Mmg tak cukup tidur la.. Nasib 3 hari je..

Transfer kredit dapat 21 kredit hour je.. Sadis sbb banyak subjek yang dah belajar kene belajar balik.. Tapi tak apa la.. Niat belajar tu yang penting.. 

sakit hati time nak settlekan kelas,add drop subjek tu.. Jarak antara wisma dan campus agak jauh.. Kene naik bas.. Bas pula datang sejam sekali..kalau jalan kaki pun makan masa..sama je mcm tunggu bas..

Dengan kaki yg tak berapa nak sihat ni terpaksalah menunggu bas.. Kitorang hampir 4,5 kali naik bas sebab nya kitorg asik di tendang2 sekejap suruh ke wisma sekejap suruh ke kampus untuk buat add drop subjek tu.. Bayang la pukul berapa baru habis.. Dgn nak tunggu bas 40 minit sekali.. Memang geram juga la.. 

Kalau kaki tak sakit kan, dah lama aku jalan kaki pergi ulang alik wisma-kampus,kampus-wisma.. Tak de la payah menunggu bas... Mmg lemau lah menunggu.. Tapi nak buat mcm mana adat belajar.. Aku yang nak sambung belajar sgt.. So aku kene kuat..